Saya Azhar dan En Nazri adalah pengasas kepada Pulutkuning studio.Kami mendapat pendidikan secara formal dalam bidang fotografi .Untuk meneruskan cita-cita kami maka tercetuslah idea untuk menubuhkan Pulutkuning studio yang mana ianya bertujuan memberi perkhidmatan untuk sebarang majlis,terutama majlis-malis perkahwinan.
dremang photography
Wednesday, 14 December 2011
Di daerah ini
aku kembali ke daerah ini, setelah hampir 40 tahun tidak menghidu udara segar di daerah ini.Kampung Kubu sebuah daerah terpencil di selatan negeri Kedah. Peluang pulang ke kampung halaman mengajak aku ke daerah ini menghibau kembali detik indah bersama ayah ,ibu dan keluarga .Susah payah ayah dan ibu memugar lalang,menerung demi mengusahakan tanah bendang ini amat aku kagumi,kini segala kenangan itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah.Aku tinggalkan sementara wedding photography ,aku tenggelam dalam keindahan alam semulajadi........sedang asyik berkarya dengan kamera ....muncul dicelah-celah semak samun kelibat budak ini...entah dari mana muncul aku pun tak tahu, sedang memancing haruan.....moment seperti ini amat mengasyikkan tiada PSP,PS3 atau Ipad..dan segala macam gadjet...budak kecil hanya kenal joran,sungai ,parit dan apasaja halangan diredah demi minat yg tidak mungkin sama dengan anak2 kita..Hari semakin meninggi bahang panas mula mengigit,pesan cikgu photografi aku kalau situation macam ini landcape photography boleh balik tidur..,,aku pun berkemas start kereta terus cauuu jumpa lagi di daerah ini.......kalau ada jodoh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment